January 25, 2011

GRAND FINALE ~ 21/12/2010 ~

ULASAN SAMBUTAN PRA KRISMAS WARGA HOSPITAL SENTOSA KUCHING ANJURAN BERSAMA KAKITANGAN HOSPITAL SENTOSA DAN PELAJAR SEMESTER II, SESI APRIL 2010/2011 PLK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Satu program bagi meraikan Sambutan Pra Krismas bersama-sama penghuni Hospital Sentosa, Kuching telah dilaksanakan pada 21.12,2010 (Selasa) bertempat di Dewan OT (Occupational Theraphy), Hospital Sentosa, Kuching. Seramai 70 orang pesakit telah menyertai program Sambutan Pra Krisma ini. Manakala seramai 25 orang ahli telah terbabit dan berjayakan dalam projek khidmat masyarakat tersebut. Urusetia program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam UUM Semester 2 (ambilan April 2010/2011).

Hospital Sentosa Kuching menempatkan wad psikiatrik dan memberikan rawatan kepada pelbagai masalah mental seperti skizofrenia, kemurungan dan kecelaruan bipolar. Pesakit-pesakit diberikan rawatan sama seperti orang biasa; mereka diberi jagaan, perhatian dan dilayan berbual.
Perlaksanaan program ini bermatlamat untuk melahirkan dan memperkukuhkan semangat kekitaan dan kebersamaan tanpa rasa rendah diri di kalangan masyarakat normal dan pesakit mental. Di sinilah peranan para pelajar yang sempurna sifatnya menyesuaikan diri dan bergaul dengan golongan pesakit mental bagi memahami masalah dan cara mengatasinya bersama.

Program ini bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan Yang Berusaha Azmi Bin Haji Kiprawi merangkap Pengerusi Program Sambutan Pra Krisma 2010. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak lansung terutamanya warga Hospital Sentosa kerana telah memberi kebenaran dan kepercayaan kepada Pelajar UUM untuk menyumbang tenaga dan idea dalam  melaksanakan program pada hari ini.

Tujuan program seumpama ini dilaksanakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara masyarakat dengan Hospital Sentosa. Di samping itu beliau juga berkata program digarap dan dilaksanakan bukan sahaja untuk sambutan hari natal sahaja malah untuk lain-lain sambutan keagamaan di Malaysia selaras dengan seruan 1 Malaysia. Semoga kerjasama yang diberikan oleh kepada yang terlibat pada hari ini dapat menaikkan nilai-nilai keperibadian yang mulia demi menerapkan nilai-nilai murni dalam menjana keperibadian yang berkualiti pada masa hadapan. Mudah-mudahan usaha seperti ini menjadi contoh dan titik permulaan kepada masyarakat luar untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat.

Projek tersebut telah dirasmikan oleh Yg Bahagia Timbalan Pengarah Hospital Sentosa Kuching DR. Rosliwati Binti Md. Yusoff. Semasa ucapan  perasmian program beberapa perkara telah disampaikan oleh beliau. Antaranya, porgram ini merupakan pendedahan yang cukup bermakna kepada semua pihak yang terlibat bahawa tiada perbezaan atau keterbatasan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, melaksanakan program ini juga dapat mengeratkan hubungan  yang lebih rapat antara masyarakat luar dengan warga Hospital Sentosa. Akhir sekali beliau berasa amat bangga dan  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar UUM yang terlibat dalam program ini kerana telah berjaya melaksanakan program bersama warga Hospital Sentosa pada hari ini.

Sempena dengan program ini pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak pelajar UUM, antara aktivitinya adalah seperti tarian poco-poco, tarian “chicken dance”, persembahan dari penghuni Hospital Sentosa dan pelajar-pelajar UUM, pengagihan “Chirtmas Gift” kepada warga Hospital Sentosa dan lain-lain.
Program ini telah berlangsung selama 4 jam iaitu bermula dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Di samping itu, selepas tamat program tersebut, pihak pelajar UUM juga membuat lawatan kunjung ke tempat penginapan warga Hospital Sentosa sebelum bersurai.

Laporan disediakan oleh: En Hiu Kee Seng ( AJK PUBLISITI )



No comments: